Friday, July 31, 2009

Kelebihan guna non standard template


Salam semua baiklah hari ini saya nak berceloteh sedikit tentang non standard template
seperti mana yang telah kita tau para blogger diberi pilihan menggunakan template
sama ada menggunakan yang standard ( template yang disediakan) atau menggunakan
template non standard (template selain dari yang disediakan)
Mari kita tinjau standard template :D

Cuma terdapat 16 template sahaja... hehehe gila aaah
ok mari kita tgk template yang disediakan itu




Bagi orang yang selalu melayari bahtera ehhh silap pulak hehe melayari internet pasti dah biasa
tengok dengan template - template yang sebegini bayangkan sahaja berapa banyak blog yang ada di internet mungkin mencecah billion tetapi mempunyai design yang samaaaa sahaja .... oh tidak alamak bosannya yer la kan manusia kan mudah jemu ngan benda yang sama

Cuba bayangkan pulak duk tengah2 melayari tue jumpa pulak blog yang unik macam blog saya nie ..hehe first impression aja dah

wah lawa nyer....

lain dari yang lain

mesti isi dia bagus

Dari pada bosan mengantuk mesti mata tue dah terbuka luas hehehe :)

p/s mata saya pon dah mengantuk menaip nie..hehe nak gi melayari bahtera juga

w'salam

Wednesday, July 29, 2009

10 dalil account adsense di banned

Assalamualaikum,

Hari ini rasa macam nak menulis sedikit mengenai Adsense. Artikel ini khas untuk newbie yang baru mula dengan Google adsense. Sesuai juga untuk adsense player jadikan sebagai revision di masa lapang. Berikut adalah 10 sebab kenapa akaun google adsense anda di banned.

1. Invalid Click/impression
Masalah ini berlaku disebabkan oleh 2 sebab iaitu, kita klik sendiri dan juga orang lain mengkhianati kita. Dalam kes yang pertama, ramai newbie beranggapan bahawa google tidak akan tahu yang dia klik sendiri untuk dapat earning.Ini merupakan tanggapan yang sama sekali SALAH. Malah ada yang sanggup pergi ke cyber cafe semata-mata untuk klik iklan adsense di site sendiri. Apabila kita klik sendiri, google akan melihat pattern cara klik itu diperolehi. Banyak faktor akan dilihat termasuk kekerapan klik itu berlaku, lokasi klik (IP and geolocation) dan sumber traffic.

Kalau klik diperolehi dari tempat yang sama, IP mungkin berbeza tapi geographic location lebih kurang sama, di tambah lagi dengan sumber traffic yang meragukan, potensi akan kena banned adalah tinggi.

Manakala untuk kes ke 2, klik yang didapati dari orang lain, termasuk klik boom pula adalah faktor diluar kawalan kita.
Untuk mengatasi masalah ini, dinasihatkan kita tidak reveal site kita yang mengandungi adsense kepada orang yang kita kurang percayai. Disamping itu, cuba active kan option "Only allow certain sites to show ads for my account". Setidaknya-tidaknya anda dapat mengawal ID adsense anda disalah guna.

2. Duplicate content
Ini memang masalah utama bagi kita. Saya sendiri kadang2 malas untuk membuat artikel sendiri, namun apabila memikirkan kemungkinan akaun akan kena banned, saya buatkan juga unique article.

Sekiranya google menerima aduan yang anda telah menyalin atau duplicate kandungan dari site asal, akaun adsense anda akan di banned.
Quote:
In a situation like this, where you believe that a site containing AdSense code is illegally copying your site's content, you can let us know by following the process described in our Help Center. It's our policy to respond to notices of alleged infringement that comply with the Digital Millennium Copyright Act and other applicable intellectual property laws.
source: Adsense.blogspot.com/2009/02/my-content-your-content-other-peoples.html

Untuk mengatasi masalah ini anda ada 2 pilihan iaitu buat artikel sendiri atau guna tools untuk spin artikel lain. Masalah utama mengunakan automated tools dalam mengubah sesuatu content adalah, anda haruslah menyemak dahulu maksud perkataan yang ditukar agar maksud artikel tidak berubah. Anda boleh semak kandungan anda di http://copyscape.com untuk mengetahui yang anda mempunyai duplicate content atau tidak.

3. Mengubah adsense code.
Ini adalah pantang larang dalam adsense. Anda dinasihati agar tidak mengubah sama sekali adsense code tersebut.
Quote:
We understand that it's important for you to have control over the layout of your webpages, so we currently offer a number of display options for AdSense for search. In general, as specified in our program policies, we don't permit modifications to the AdSense code. However, we do allow specific modifications that allow our AdSense for search code to comply with W3C HTML and XHTML standards.
source:google.com/adsense/support/bin/answer.py?hl=en&answer=10001

4. Memaparkan hasil earning adsense
Berhati-hati semasa memaparkan hasil earning adsense anda untuk paparan umum. Walaupun motif kita kadang-kadang adalah untuk memberi motivasi kepada orang lain, namun beberapa maklumat dalam earning report yang kita boleh hide. Memadai sekiranya kita hanya memaparkan hasil earning daripada akaun adsense dan hide info untuk CTR dan ECPM.

5. Pornography aka lucah.
Tidak dibenarkan sama sekali memaparkan iklan adsense di site yang mengandungi ciri-ciri seperti :
Quote:
sites with Google ads may not include or link to:

* Pornography, adult or mature content
* Violent content
* Content related to racial intolerance or advocacy against any individual, group or organisation
* Excessive profanity
* Hacking/cracking content
* Gambling or casino-related content
* Illicit drugs and drug paraphernalia content
* Sales of beer or hard alcohol
* Sales of tobacco or tobacco-related products
* Sales of prescription drugs
* Sales of weapons or ammunition (e.g. firearms, firearm components, fighting knives, stun guns)
* Sales of products that are replicas or imitations of designer goods
* Sales or distribution of coursework or student essays
* Content regarding programs which compensate users for clicking ads or offers, performing searches, surfing websites or reading emails
* Any other content that is illegal, promotes illegal activity or infringes on the legal rights of other
source: google.com/adsense/support/bin/answer.py?hl=en&answer=48182

6. Memaparkan iklan adsense di site yang bukan dalam bahasa English.
Walaupun kita kadang-kadang terjumpa ada iklan adsense di blog bahasa melayu, tetapi sekiranya kita rujuk di TOS, ya menyalahi peraturan Google Adsense.
Quote:
Please also be aware that placing the AdSense code on pages with content primarily in an unsupported language is not permitted by the AdSense program policies.
source: google.com/adsense/support/bin/answer.py?hl=en&answer=9727

7. Made for Adsense site.(MFA)
Untuk menjaga kepentingan advertiser dan kualiti site, google telah menetapkan beberapa kriteria yang dipanggil sebagai "Google's Landing Page Quality Guidelines"
Quote:
publishers using online advertising must ensure that their pages comply with Google's Landing Page Quality Guidelines.
.

Elakkan membuat site yang mengandungi 1 post/artikel untuk di combine dengan adsense ads. Risiko untuk di banned adalah tinggi kerana ia menyerupai sifat MFA. Buat artikel atau post yang berkualiti dan lebih dari satu. Malah dengan membuat lebih dari 1 post dan artikel, ia juga memberi benefit kepada anda dari segi SEO kerana anda mendominasi lebih dari satu keyword.

8. Membuka akaun adsense lebih dari satu.

Seperti orang lain, saya juga mempunyai lebih dari satu akaun untuk adsense. Kalau boleh kita jangan login dalam masa yang berdekatan dengan clear cookies setiap kali login. Walaubagaimanapun, untuk perkongsian bersama, ia tetap menyalahi TOS kerana mempunyai akaun lebih dari satu.

9. Privacy Policy
Bagi setiap site yang memaparkan iklan adsense, kita haruslah meletakkan privacy policy statement di site tersebut. Ini adalah peraturan asas. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan akaun kita di banned.
Quote:
AdSense publishers must have and abide by a privacy policy that discloses that third parties may be placing and reading cookies on your users' browsers, or using web beacons to collect information as a result of ad serving on your website.
10. Encouraging click.
Hati-hati semasa meletakkan iklan adsense kerana meletakkan adsense bersebelahan dengan image adalah dilarang sama sekali kerana ia dikelaskan sebagai Encouraging click.

Ok. Setakat itu untuk hari ini, kalau ada lagi sila tambah. Tujuan artikel ini dibuat adalah sekadar untuk perkongsian di antara kita.

Di petik dari wangcyber

Tuesday, July 14, 2009

Amal jariah cepat kaya

Amal jariah cepat kaya



ALOR STAR: ‘derma’ RM30, ‘pahala’ sehingga RM600,000!

Itulah janji manis skim cepat kaya baru yang dikesan aktif di negeri ini dengan cuba menutup muslihatnya di sebalik agama, kononnya berkonsep amal jariah sesama Islam dan sumbangan ummah.

Risalah mengenai skim tanpa nama dan siapa atau syarikat penciptanya itu kini diedarkan di tempat ibadah seperti di surau dan masjid, selain taman perumahan yang diketahui didiami ramai keluarga Islam terutama di luar bandar.

Pada lampiran pertama daripada lima muka surat yang tertera ‘Sudut Motivasi’ pengendali skim mendakwa program itu amalan tanpa wujud syak wasangka dan jika dijalankan secara ikhlas dengan menderma RM30 sekali seumur hidup akan menyebabkan saudara seagama ‘senang’.


Pengendali yang hanya menggelar dirinya ‘Motivator’ juga mendakwa program itu ‘perkongsian bijak’ yang sukar dibayangkan hasilnya dengan pelabur hanya perlu membuat salinan risalah berkenaan sebanyak mungkin dan mengedar di tempat strategik terutama di masjid dan surau.


Konsep skim itu juga cukup mudah dengan pada lampiran akhir risalah itu dilakarkan empat kotak dalam bentuk empat segi dengan kotak di atas kanan tertera ‘peserta terdahulu’ dan kiri pula ‘peserta giliran satu’.

Pada dua kotak di bawah pula tertera ‘peserta giliran dua’ di sebelah kiri dengan semua ketiga-tiga kotak berkenaan mempunyai ruangan untuk menulis nama, nama bank, jenis akaun dan nombor akaun individu tertentu.

Pada kotak terakhir bawah sebelah kanan pula dicatatkan penerangan mengenai kaedah skim itu berjalan, iaitu orang ramai yang berminat melabur perlu memasukkan RM30 ke nombor akaun peserta giliran satu.

Selepas itu pelabur diminta menganjakkan maklumat dalam kotak peserta giliran satu ke peserta terdahulu manakala maklumat sedia ada dalam kotak peserta terdahulu sebelum ini dikeluarkan.

Maklumat di kotak peserta giliran dua pula diisi maklumat pelabur terbaru dan mengikut perancangan skim berkenaan, mereka akan mula menerima habuan jika ada dua pelabur selepas mereka.

Risalah itu juga memaparkan pengakuan daripada beberapa individu termasuk kononnya mereka yang bergelar haji mendapati akaun banknya melonjak tanpa diketahui daripada mana sumbernya sebanyak RM600,000 hanya selepas membuat pelaburan RM30 setahun lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail, berkata skim cepat kaya kini menggunakan pelbagai ‘wajah’ untuk menipu orang ramai.

Menurutnya, jika skim untuk membantu sesama ummah itu benar, mengapa mereka harus berselindung dan tidak mendaftar perniagaan sehingga tergamak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang negara.

“Sudah diketahui menjadi kesalahan jika mengutip dana kewangan daripada orang ramai tanpa kebenaran dan lesen Bank Negara Malaysia (BNM).

“Mungkin RM30 dilihat jumlah terlalu kecil, namun jika sejuta orang terpengaruh dengan skim ini, bukankah jumlahnya RM30 juta.

“Lagipun kita tidak tahu siapa sebenarnya peserta giliran satu dan dua ini. Adakah benar mereka pelabur baru atau hanya anggota sindiket ini,” katanya.

Yusoff berkata, Cake menerima banyak aduan mengenai skim cepat kaya walaupun kerajaan menjalankan pelbagai usaha menyedarkan rakyat mengenai penipuan skim seumpama itu.

“Yang terbaru kami menerima aduan daripada seorang individu yang melabur RM100 untuk mendapat keuntungan RM300 dalam masa seminggu, tetapi akhirnya tertipu,” katanya.

Komen saya: Tiada jalan mudah nak berjaya


keputusan tidak rasmi pilihanraya manik urai

PAS menang dengan majoriti tipis
Jul 14, 09 5:09pm
kemaskini 8.13pm Keputusan rasmi (setakat ini) PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.

Majoriti setakat ini 345 undi.


kemaskini 7.59pm
PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.

bm version kerusi dun manek urai 220509Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata BN sedang berusaha agar kiraan semula diadakan.

"Kiraan pertama dan kedua sangat, sangat berbeza," katanya melalui Twitter sebentar tadi.

kemaskini 7.51pm
Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.

Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.


kemaskini 7.39pm
Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kemenangan BN "semakin terserlah."

"Keputusan tidak rasmi kelihatan rasmi dari minit ke minit. Kemenangan BN semakin terserlah," katanya.


kemaskini 7.34pm
PAS mempamerkan di layar besar di bilik gerakannya dengan angka parti itu tersebut meraih 5,363 undi, manakala BN mendapat 5,293 undi.

PAS mendapat kelebihan 70 undi.


kemaskini 7.24pm
BN mendahului Manek Urai Baru dan Manek Urai Baru, PAS pula mendahului di Late Rek dan Chuchoh Puteri daripada sembilan daerah mengundi.

Daerah-daerah lain: Temalir, Sungai Peria, Sungai Sok, Manjor dan Laloh


NONEkemaskini 7.10pm Sekumpulan penyokong BN di bilik operasi parti itu di Manek Urai kelihatan bergembira "atas kemenangan" calon mereka Tuan Aziz Tuan Mat.

Ada sumber menyatakan kemenangan sebanyak "30 undi", sementara terdapat sumber menyebut "200 undi".

Calon BN dan pemimpin BN tidak kelihatan di situ.

Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, BN mendahului 38 undi.


kemaskini 5.09pm Pengiraan undi bagi DUN Manek Urai akan bermula seawal-awalnya jam 5.30 petang yang melibatkan semua 27 saluran di sembilan pusat pembuangan undi.

Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat cuba merampas kerusi tersebut yang dipertahankan oleh calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam persaingan agak sengit sehingga mencetuskan pergaduhan para penyokong.

Peratus keluar mengundi sehingga pukul 5 petang tadi, setelah proses pengundian tamat, 87.3 peratus daripada 12,293 orang atau 10,736 pemilih menunaikan tanggungjawab.

Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai seawal-awalnya jam 8 malam ini.