Saturday, December 20, 2008

Traffik dari "Hot Trend"

Baiklah kali ini saya nak kongsikan bagaimana untuk mendapatkan traffik dari hot trend
Sebelum kita melangkah lebih jauh penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan
dengan hot trend

Hot Trend disini adalah merujuk kepada Search Engine (SE)
Iaitu apakah topik@perkara yang sedang hangat dicari oleh pengguna Search Engine
Menarik tak?

Hehe saya teringat cerita Nujum Pak Belalang

"Menurut ilmu hamba barang siapa yang tidak nampak orang itu anak diluar nikah"

Secara Analoginya bayangkan kita seorang penjual dapat tau kehendak pelanggan apa barang panas yang sedang dicari oleh mereka dan kita cuba pasarkan barang panas yang sedang di cari oleh mereka itu. Sesuatu yang cukup menarik =)

Tapi bagaimana nak tau?

Haha sabar dulu saya tau mesti awak nak tanya soalan mcm tue.. saya pon ahli nujum hehehe

Untuk menyemak apakah hot trend tool yang akan kita gunakan ialah

http://www.google.com/trends/hottrends

Data-data yang ada disitu biasanya akan diupdate untuk setiap satu jam

Salah satu cara yang biasa saya gunakan ialah dengan memerhatikan semua keyword yang digunakan

Berdasarkan pada pengalaman saya pada masa-masa tertentu terdapat beberapa ketika
keyword yang sama berulang-ulang

Dari situ kita boleh simpulkan apa hot trend

Kalau anda perasan posting yang lepas saya didalam blog ini berkaitan dengan penipuan cakra alam sebenarnya saya sedang melakukan beberapa experimen tentang hot trend

MMmmm mengantuk la pulak...

Bersambung ...

Thursday, November 27, 2008

Duit.....................Oh................Duit...

Salam semua , apa khabar diharapkan pembaca semua sentiasa ceria disamping keluarga tersayang. Kali nie saya nak sentuh sikit pasal duit...oh..duit. Sedar atau tidak sedar dimana-mana sahaja banyak orang memperkatakan tentang duit atau ringkasnya kekayaan. Antara persoalan yang banyak kita dengar dari mulut-mulut individu ialah:

"Macam mana nak jadi kaya?"

Hehe... macam mana nak jawab soalan macam nie.. kadang pening juga kepala bila ada orang tanya soalan macam tue. Kadang saya jawab jer

"Awak gi kedai beli kaya"

wakakakaka.... hehe nak sangat kaya kan ... kat kedai ada jual gi la beli nak beli banyak pon boleh yer tak? : ) . Jangan marah saje melawak-lawak jer

Bagi menjawab soalan itu tadi sebenarnya kita perlu memahami apa yang di maksudkan dengan kaya . Apa definisi kaya ?

1. banyak mempunyai harta (wang dll):Dialah yg ~ sekali di kampung ini. 2. mempunyai kuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha ~. 3. banyak mempunyai sesuatu (spt zat, vitamin dll):Buah betik ~ dgn vitamin A dan C. ~ hati suka menolong orang miskin dll; mulia hati. ~-raya sangat kaya. mengayakan menjadikan atau menyebabkan kaya. memperkaya menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. terkaya kaya sekali; paling kaya; sangat kaya. kekayaan 1. perihal (keadaan) kaya:Berita ~ Melaka sampai ke negeri China. 2. kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. pengayaan perbuatan atau hal mengayakan.

Rujukan: Kamus Pelajar

Banyak mempunyai harta? cuba kita renungkan penyataan ini, ianya merupakan sesuatu yang subjektif dimana "Banyak" itu tidak dapat diukur atau disukat contohnya macam 1kg kaya atau 500unit kaya ianya tidak dapat di berikan suatu ukuran yang tepat. Jadi bagaimana?
ianya bergantung kepada manusia itu sendiri.

Sebagai contoh katakan Abu menilai Basri seorang yang kaya tetapi pada masa yang sama. Basri tidak mengatakan atau mengakui dia seorang yang kaya. Jadi kaya disini hanya pada penilaian Abu sahaja. Tahap penilaian "kaya" itu berbeza-beza mengikut individu.

Kaya yang macam mana?

Mungkin kita terlepas pandang tentang perkara ini. Kaya dari segi apa?
wang? duit? emas? berlian? rumah? kereta? anak ramai? Bini besar?
kebiasaanya kita menilai kekayaan seseorang itu dari segi wang ringgitnya sahaja
Penilaian seperti ini sebenarnya tidak jujur :)

Manusia tidak penah puas

Manusia memang dari dulu lagi tidak penah puas mengejar harta sehingga mengabaikan sesuatu yang lebih penting. Lihat sahaja la kehidupan di kota ada ibu bapa yang jarang-jarang bertemu mata dengan anaknya sendiri hanya kerana urusan perniagaan dan sebagainya (mengejar kekayaan la tue...). kadang-kadang anak-anak yang tidak dapat kasih sayang dari ibu bapa sendiri mula terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Ciannya tak pasal-pasal akibat rakus dengan kekayaan hingga mengorbankan anak sendiri

Inikah apa yang kita mau dalam kehidupan kita?

BERSAMA-SAMA LAH KITA RENUNG-RENUNG KAN

Tuesday, November 25, 2008

TV Korea dedah penipuan 'bomoh' dalam YouTube

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tahukah anda telur yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan tradisional di negara ini sebenarnya sudah menjalani beberapa kaedah saintifik yang mengubah isi kandungannya.

Ia didedahkan oleh sebuah rancangan televisyen di Korea yang mendakwa kaedah perubatan yang digunakan pengamal perubatan tradisional itu hanyalah permainan sains dan ia boleh dijawab menerusi eksperimen yang membuktikan penipuan itu.

Sebuah rancangan daripada Korean TV Channel yang dipaparkan dalam laman YouTube menunjukkan beberapa eksperimen sains dapat mendedahkan taktik penipuan pengamal perubatan tradisional terbabit.

Pengamal perubatan yang berstatus 'ustaz' itu menggunakan telur sebagai kaedah perubatannya.

Telur itu dilurut pada badan pesakit atau mana-mana bahagian yang dikatakan sakit dan didakwa boleh menyerap 'racun.'

Pengamal perubatan terbabit kemudiannya membaca 'mantera' dan selepas itu memecahkan telur tersebut.

Kemudiannya mimik muka pengamal perubatan itu terus berubah selepas memecahkan telur itu apabila mendapati warna telur itu berubah seolah-olah terdapat darah di dalamnya.

Dengan nada selamba dan penuh keyakinan, pengamal perubatan tersebut kemudiannya mendakwa pesakit berkenaan telah diubati dan 'racun' yang tersimpan dalam badan 'mangsa' telah 'dikeluarkan' menerusi telur itu.

Bagaimanapun berdasarkan rancangan dalam 'Korean TV Channel' itu membuktikan telur itu sebenarnya sudah melalui beberapa proses sains yang menyebabkan terdapat cecair merah di dalamnya.

Kelihatan agak pelik tetapi tiada apa yang mustahil dalam sains, dengan kaedah tertentu kandungan telur itu boleh ditukar warnanya.

Beberapa lagi 'penipuan' yang dikesan dan didedahkan menerusi rancangan dari Korea itu ialah pengamal perubatan tersebut menyalakan lampu kalimantang dan alat penguji arus elektrik (test pen) menyala apabila diletakkan pada tangan atau dahinya.

Rancangan itu membuktikan penipuan pengamal perubatan terbabit apabila salah seorang krew penerbitan meminta pengamal perubatan itu membuka kasut dan memberi lampu lain untuk dinyalakan, beliau gagal melakukannya.

Selain itu, telur yang didakwa boleh menyerap racun tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila dipecahkan setelah ditukarkan dengan telur lain.

Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm


Bagus satu pendedahan yang amat baik dan terpuji. Semoga kita tidak mudah tertipu lagi dengan orang-orang yang menggunakan gelaran "ustaz"

Satu lagi kalau tidak salah Hari ini dalam rancangan 360 akan ada satu interview mazidul dan pengasas Cakra Alam Ustaz Arieff sama-sama kita nantikan Hari ini pukul 9.00 malam . Nantikan edisi terjah cakra alam oleh mazidul 360


Cakra Alam Penipu!!!

Kalau kita sebut jer nama Ustaz Arief mesti ramai yang kenal.. siapa lagi kalau bukan pengasas Pusat Cakra Alam di cheras tue. Saya masih ingat bagaimana dulu pihak media tolong "promote" pusat cakra alam ini bermula dengan TV3 kalau tak silap dalam rancangan majalah 3.



Kemudian cakra alam mula mendapat perhatian orang ramai masuk di akhar-akhbar serta di dalam rancangan asia hebat Bayangkan macam mana sambutan orang ramai masa itu.

Malangnya semua itu adalah tipu...

Kita semua tertipu dengan silap mata yang ditunjukkan oleh Ustaz arief
Jika sebelum ini Ustaz ini menggunakan pelbagai gelaran seperti Prof Dr Muhammad Arief Ph.d
mungkin sebab kontroversi semua dah bertukar jd transformers hehehe..... main-main jer semua tue hilang mcm tue sahaja..

Bagaimana penipuan ini terbongkar?..
Ianya terbongkar apabila ustaz arief menyahut cabaran oleh James Randi iaitu $1M Challenge sila rujuk disini untuk mengetahui lebih lanjut http://www.randi.org/site/index.php/1m-challenge.html
Dimana ustaz cuba untuk membuktikan adanya tenaga ghaib dengan menghantar tiga video iaitu elektrik dalam badan dapat menyalakan lampu , telur berdarah dan kertas terbakar

Malangnya James Randi dapat mengbongkar kesemua trik-trik

Jom saksikan bagaimana James randi membongkar semua trik cakra alam





Sungguh memalukan rakyat malaysia

Matched.co.uk has closed

Last News

20th November 2008

It is with much regret that we announce that Matched.co.uk has closed.

Matched has been running as a beta experiment for some time and, after much careful consideration, it has been decided not to progress the project to the next stage.

As a result, Matched will not be accepting new sign-ups and will no longer be assigning adverts to its current publisher base.

All publishers who completed their latest payment run before November 19th 2008 will still be paid, but please note that no further payments will be made after this. Therefore, we recommend that all publishers remove any Matched ads from their websites.

Thank you very much for being part of the Matched.co.uk experience and we wish you the best of luck for the future success of your websites.

Kind regards,
Matched.co.uk

Alamak sedihnya baru jer nak dapat duit lagi dari match.co.uk dah tutup. Banyak kali juga saya dapat duit percuma dari match.co.uk hehehe kira ok la dapat duit percuma sahaja.







Monday, October 13, 2008

BNM serbu 4 syarikat

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.


Satu berita yang tak memeranjatkan saya. Dari satu ...satu memang tak penah abis kalau dulu dengan skim pak man telo pastu skim-skim ini mcm cendawan membiak dengan bertopengkan mcm2 ada yang berselindung dengan syarikat MLM ada yang terang-terang memang nak menipu


Tapi yang peliknya kita masih tak serik-serik dengan program mcm nie ....entah hantu apa yang merasuk kita semua... mungkin sebab kita semua nak cepat kaya tapi malas nak usaha malang sungguh nasib kita....



Friday, August 15, 2008

Saiful lafaz sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan

Saiful lafaz sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan

15/08/2008 6:33pm


Mohd. Saiful melafazkan sumpah bersama bapanya, Azlan Lazim di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur. - Gambar Utusan


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat sebelum melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...

"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. – Utusan.

Monday, July 28, 2008

Jom belajar ber"blog"

Jom belajar berblog

Sebenarnya selain blogger yang biasa kita dengar terdapat banyak lagi perkhidmatan yang menyediakan kemudahan blog secara percuma untuk kita menulis blog di internet

Berikut adalah senarai laman web yang menyediakan kemudahan percuma seperti blog percuma.

SENARAI BLOG PERCUMA - POPULAR

Blogger @ Blogspot
Blogdrive
Wordpress
Xanga
Myspace
friendster
Blogmas


SENARAI BLOG PERCUMA - KURANG POPULAR

Sosblog
LiveJurnal
Diaryland
OnlineDiary
BlogSource
Myblogsite
Greatestjournal
Efx2
Tblog
B2Evolution
Clearblog
Blogates


Banyak betul kemudahan yang boleh kita gunakan secara percuma. Jadi soal blog cuma
mau tak mau sahaja tiada lagi alasan mengapa kita tidak boleh berblog seperti orang lain

Sebagai pengguna kita berhak memilih mana-mana yang kita rasa bersesuaian dengan kita
Salam ceria & Selamat berblog =)

Saturday, July 26, 2008

Rezeki Urusniaga Domain




Mahu mengetahui bagaimana menjana pendapatan menerusi domain? Ia antara bisnes menguntungkan zaman ini.

PAUTAN iklan juga menambahkan lagi pendapatan daripada domain.UMUM mengetahui domain sebagai nama unik yang diberikan sebagai pengganti deretan nombor atau lebih dikenali sebagai alamat IP bagi memudahkan pengguna mengakses sesebuah laman web tanpa perlu mengingati alamat IP sebenarnya.

Namun tahukah anda, domain kini juga dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang amat menguntungkan menandingi pelaburan hartanah yang telah wujud sejak sekian lama.

Usah terkejut sekiranya mendengar domain dibeli atau terjual dengan harga sehingga jutaan ringgit. Business.com merupakan salah satu domain yang pernah mencatat rekod jualan dengan harga yang mencecah jutaan ringgit. Namun, ramai yang masih tidak mengetahui selok belok perniagaan domain ini.

Secara umumnya, terdapat dua kaedah bagi mendapatkan domain. Kaedah pertama yang lazim ialah menerusi pembelian domain baru yang belum berdaftar. Seseorang perlu terlebih dahulu melakukan carian di laman web pendaftar domain seperti di Godaddy.com. Domain yang dibeli terus ini lazimnya lebih murah (kecuali domain khusus tertentu) berbanding domain yang pernah berdaftar. Kaedah ini tidak melibatkan sebarang proses perundingan dengan mana-mana pihak.

Kaedah kedua ialah dengan membeli secara terus daripada tuan punya domain. Ini dinamakan Domain Aftermarket, atau domain yang telah dibeli dan didaftarkan atas nama tuan punya tadi.

Biasanya kaedah ini melibatkan proses perundingan harga dengan pemilik domain. Harga domain yang dibeli terus boleh mencecah ribuan malah jutaan ringgit sekiranya domain tersebut mempunyai nilai-nilai tertentu yang berhubung kait dengan pihak yang ingin mendapatkannya. Demikian menurut Rohaizad Jumat, 29, yang telah lebih tiga tahun berkecimpung dalam aktiviti jual beli domain ini.

Jelas Rohaizad lagi, terdapat juga laman web yang menyediakan Aftermarket Sales atau himpunan domain yang telah didaftarkan tetapi ingin dijual oleh pemiliknya. Hanya gunakan fungsi carian untuk mencari domain yang dihajati. Jika berminat, anda boleh memasukkan harga tawaran dan seterusnya berbincang mengenai tawaran belian dengan pemilik domain tersebut.

Pernah bergelar seorang pengusaha makanan, beliau kini hanya menumpukan pada perniagaan berasaskan internet sahaja. Perniagaan domain yang kini menjadi salah satu sumber pendapatannya jelas membuahkan hasil apabila beberapa domain miliknya terjual dengan harga yang agak tinggi.

"Walaupun jualan domain saya belum mencecah nilai puluhan ribu ringgit, tetapi saya berpuas hati kerana ada di antara domain tersebut yang saya beli pada harga yang tidak sampai RM50, tetapi berjaya dijual hingga ratusan dolar Amerika," ujarnya lagi.

Faktor-faktor seperti panjang sesuatu domain dan popularitinya meletakkan nilai sesebuah domain itu. Selain itu, populariti sesebuah perkataan yang digunakan sebagai domain turut menentukan nilainya. Sebagai contoh; PC.com mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding PersonalComputer.com. Nilai domain juga boleh dianggarkan menerusi laman web penilai seperti SwiftAppraisal.com

Selain jual beli domain, terdapat beberapa cara lain berkaitan domain yang boleh menjana pendapatan. Pemilik domain boleh meletakkan domain di bawah program PPC Parking. Setiap kali pelawat mengklik pada pautan yang terdapat di laman ini, pemilik domain akan mendapat sedikit bayaran yang diperoleh daripada penaja iklan dalam laman tersebut. Antara Parking Provider yang popular adalah seperti Afternic.com, Fabulous.com dan Sedo.com.

Pemilik domain juga boleh mendaftar dengan program Affiliate Advertising dan memilih iklan yang boleh menarik perhatian pengunjung. Menerusi program ini, pemilik domain akan mendapat bayaran dalam bentuk komisen sekiranya ada di kalangan pengunjung yang membuat pembelian ketika berkunjung ke laman anda.

"Aktiviti jual beli domain memerlukan kesabaran dan ketelitian. Ada kalanya saya bersengkang mata sehingga jam tiga pagi semata-mata mencari domain yang sesuai untuk dimiliki," ujarnya yang turut merupakan pemilik IzadBlogNetwork.com, penyedia perkhidmatan laman web murah yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Ditanya apakah wujud risiko dalam urusniaga ini, Rohaizad menjelaskan, "Sebenarnya apa juga bentuk perniagaan mempunyai risiko tersendiri. Apa yang penting ialah bagaimana kita menguruskan serta meminimakan risiko. Cara terbaik, berurusanlah dengan mereka yang terbukti rekod urusniaganya. Elakkan daripada berurusniaga dengan mereka yang baru sehari dua mendaftar tetapi terus membuat urusniaga."

Urusniaga domain turut boleh dilakukan di forum komuniti maya seperti di DNForum.com, Namepros.com, Digitalpoint.com dan Domainstate.com. Di sini, para pemilik dan golongan yang berminat untuk mendapatkan domain akan berbincang serta melakukan urusniaga secara terus dengan pemilik dan tidak melalui agen atau broker.

"Ada juga domain yang mempunyai nilai yang tinggi disebabkan ia mempunyai Page Rank atau kedudukan dalam internet. Page rank ditentukan oleh laman web yang melakukan pengindeksan terhadap populariti sesebuah laman web itu. Semakin popular, maka semakin tinggilah nilainya," tambah Rohaizad lagi.

Namun begitu, dalam keadaan tertentu, penilaian terhadap domain tidak boleh diukur melalui kaedah-kaedah di atas. Ini kebiasaannya berlaku apabila sesebuah domain itu benar-benar dikehendaki oleh sesebuah organisasi atau orang perseorangan atau end user. Harus diingat syarikat besar ataupun hartawan sanggup berbelanja besar demi memastikan domain yang mereka inginkan, lazimnya berkait rapat dengan mereka, diperolehi.
Sumber: Kosmo.com.my

Tuesday, July 15, 2008

Sikap Optimis

Setiap hari banyak peristiwa berlaku ke atas diri kita. Apabila hal itu terjadi, kita akan menerangkan punca-punca mengapa hal itu terjadi. Sebagai contoh, kita gagal dalam ujian maka kita akan menyediakan alasan untuk menyedapkan diri kita tanpa mencari punca untuk berubah

Apabila kita menerangkan punca-punca sesuatu kejadian,peristiwa ataupun tingkah laku, kita melakukan apa yang diistilahkan atribusi atau pertanggungjawaban. Maksud pertanggungjawaban ialah sesiapa yang kita anggap bertanggungjawab menjadi punca kepada apa yang berlaku. Sebagai contoh, adakah kita anggap diri kita sendiri yang menjadi puncanya ataupon faktor-faktor lain? Adakah kita menuduh orang-orang lain, kejadian-kejadian lain, benda-benda lain ataupun nasib, sebagai punca yang menyebabkan peristiwa itu menimpa diri kita?

Katakanlah kita gagal di dalam temuduga jawatan yang kita pohon, siapakah agaknya yang akan kita katakan bertanggungjawab menyebabkan kita gagal. Kita ada beberapa pilihan. Pertama kita boleh mengatakan kita memang tidak layak dengan jawatan tersebut. kedua kita boleh mengatakan orang-orang yang menemuduga kita silap dalam membuat pilihan, iaitu mereka tidak kenal bahawa kita adalah calon yang paling layak. ketiga kita boleh mengatakan soalan-soalan yang ditanyakan didalam temuduga itu tidak betul, terlalu susah dan tidak adil pada kita.keempat, kita boleh mengatakan memang nasib kita baik, iaitu belum ada rezeki kita lagi.

menurut kajian pakar-pakar psikologi, cara kita melakukan atribusi adalah stabil.Maksudnya cara kita menerangkan siapa yang bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada diri kita adalah serupa sahaja. contoh jika kita beli buah kemudian didapati buah itu busuk dan berulat didalamnya kita katakan ini nasib sahaja kemudiaan perkara yang sama berlaku lagi kita masih katakan cuma nasib sahaja yang kurang baik begitu seterusnya.

Sengaja saya taipkan balik (versi saya) antara isi buku motivasi yang pernah saya baca
Supaya dapat mengingatkan kita semua disamping merenung kehidupan seharian kita
sampai disini dulu nanti saya akan bawakan yang lebih menarik ... :)

Sunday, July 13, 2008

keyword research (bahagian 2)

Ok saya anggap anda dah dapat cari keyword yang mempunyai volume carian yang tinggi
Pada saya jika nilai carian > 1000 /month pon dah cukup bagus. :)
Baik lah seperti yang dah saya terangkan di bahagian yang pertama untuk menganalisis sesuatu keyword bukan hanya volume yang kita perlu perhatikan tetapi juga persaingannya

Katakan keyword anda ialah rabbit


#1 Taipkan keyword yang anda mahu disini kemudian klik get keyword idea

#2 senarai keyword yang relevan dengan rabbit tadi

#3 Jumlah purata carian sebulan

#4 Jumlah persaingan yang wujud

woww... nampaknya macam dah tepu...mmm

ok disini dapat kita perhatikan jumlah persaingan yang ada iaitu sebanyak 92,700,000
jumlah average carian sebulan ialah sebanyak 2,740,000

R/S = 92700000/2740000 = 33.832

Berdasarkan pada ratio ini keyword rabbit masih boleh digunakan :)
Semakin kecik nilai r/s semakin bagus pada saya <100 dah dikira bagus
Bayangkan jika keyword anda mempunyai volume yang tinggi manakala persaingan yang kurang dari 10..............huhuhu seronok bukan
ok selamat mencuba

Saturday, July 12, 2008

keyword research (bahagian 1)

Dalam post sebelum ini saya dah menerangkan tentang apa itu keyword?....
Kali ini kita hendak meneroka satu lagi perkara yang penting tentang keyword
iaitu analisis keyword

Diantara perkara yang perlu kita ketahui ialah :-

[1] Search volume - ataupun secara bahasa pasarnya jumlah kekerapan di cari oleh pengguna di SE

[2] Competition - Jumlah persaingan

Hmmm.... kalau kita renungkan kembali ianya seperti perniagaan yang lain juga...yer tak?
perlu kita kaji tentang permintaan dan persaingan yang wujud. Contoh kalau di pasar basah
rata-rata pembali yang datang hendak membeli barangan yang segar seperti ikan , ayam , daging, telur, mmmm apa-apa sahaja jadi kalau kita terhegeh-hegeh meniaga buku teks sekolah dipasar basah agaknya laku tak buku tue.

hehehe.... anda fikir sendiri lah.....

ok kita lanjutkan antara tool yang anda boleh gunakan ialah

1. https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

2. http://www.google.com/webhp?complete=1

3. http://freekeywords.wordtracker.com/

4. http://tools.seobook.com/keyword-tools/seobook/index.php

5. http://www.selfseo.com/keyword_suggestion_tool.php

Ok cukup lah la yer ... tak semestinya anda guna semua cuma pilih salah satu idaman hati
dan gunakan seoptimum mungkin .

ok baiklah sampai sini dahulu nanti saya sambung dengan competition pulak
selamat mencuba dapatkan keyword yang high volume

Sunday, July 6, 2008

kepentingan keyword

Salam semua kita bertemu lagi kali nie
mcm biasa apa khabar anda semua saya harap anda semua sentiasa sihat walafiat
ok kali ini saya nak bercerita tentang kepentingan keyword

Keyword nie menatang apa yer?....
wakaka mesti soalan ini selalu bermain-main difikiran anda bila ada IM yang memperkatakan tentang keyword.

Sebelum kita pergi lebih jauh... JOM kita imbas kembali apa perkara yang kita buat semasa mula-mula melayari internet. Lazim pengguna internet dapat kita kelaskan kepada beberapa bahagian seperti:

Golongan pertama

Anda nak mencari sesuatu maklumat tak kira la samaada nak menyiapkan tugasan sekolah, assigment, kerja rumah hehehe boleh ker siapkan pakai internet ataupun suka-suka sahaja anda nak tau tentang sesuatu perkara resepi, berita, kejadian, nak cari makwe...huhuhuhu dan sebagainya jadi anda melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang anda inginkan

Golongan kedua

Anda gunakan internet sebagai medium untuk berhubung kawan . Anda gunakan email untuk berhubung sebab cos nya lebih murah jika dibandingkan dengan surat biasa dan lebih mudah untuk digunakan atau pun anda gunakan social network seperti friendster, myspace dan macam-macam lagi yang tumbuh macam cendawan lepas hujan

hehe cukup lah dua golongan untuk golongan-golongan yang lain anda boleh cari sendiri...
Sebab apa yang penting...kerjasama.....uiiihhhss.... apa la mulut saya mengarut ini....
Yang penting kita nak fokuskan pada golongan yang pertama tadi iaitu yang nak mencari maklumat tentang sesuatu perkara.

Kalau nak tau juga golongan-golongan yang ada boleh rujuk gambar ini. Gambar membawakan seribu makna ...yer tak... tak perlu nak huraikan detail



Untuk mencari sesuatu perkara diinternet lazimnya kita gunakan Search Engine (enjin pencari)
Dan saya percaya rata-rata homepage di internet browser kita ialah enjin pencari SE samaada yahoo ataupun google. Betul tak?

Ok seterusnya kita akan taipkan apa yang kita nak tau dan tugas SE engine pencari untuk menghidangkan kepada kita apa yang ditemui oleh engine tersebut...haaa....nampak tak......
kalau tak nampak alamat pendek umur...
Jadi apa yang ditaipkan oleh pengguna itu lah keyword yang kami cari =) BINGGO

Sebagai newbie dalam IM perkara ini adalah perkara yang penting untuk kita mengetahui apa kemahuan pelanggan kita? Apa yang mereka nak cari? hehe jadi jelaskan kepentingan keyword kepada IM =)






Saturday, July 5, 2008

Rahsia Squeeze Page dari AmmarZahar




Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada
pembaca blog saya. kali ini saya nak bercerita sedikit tentang product baru dilancarkan hari ini iaitu "Rahsia Squeeze Page" yang telah di tulis oleh saudara AmmarZahar dari perniagaan internet


Perkataan pertama sekali yang keluar dari mulut saya apabila mendapatkan produk ini ialah:

" AmmarZahar sudah tidak waras!!!"

Bayangkan macam mane perkataan nie bole keluar dari mulut saya yang baik ini. ...hehehe
baik sangat ker....mulut saya nie...kakakaka....



Rahsia Squeeze Page yang di tulis oleh saudara Ammar Zahar ialah setebal 74 m/s!!
Tak dapat hendak dibayangkan apa isi kandungannya di dalamnya penuh dengan bermacam-macam jenis ilmu dari A - Z ... Yaaa.... semuanya terkandung didalam
buku ini tiada yang di sembunyikan oleh beliau....saya amat kagum dengan kesungguhan saudara ammar ini.

Kalau anda tak percaya cuba lihat snapshot yang sempat saya buat semasa buat fast reading
dan anda bole nilai sendiri




Langkah demi langkah di tunjukkan secara jelas berserta dengan gambar rajah memudahkan
semua tahap untuk belajar "squeeze page".



Kesimpulan disini ialah tiada lagi alasan untuk anda tidak mahir untuk membangunkan squeeze page semuanya dah ada tinggal lagi rajin atau malas sahaja
oppss lupa pula hehehe....anda boleh dapatkan product ini secara PERCUMA sahaja
Naper tak percaya.... :)

kalau masih tak percaya cuba lihat disini
http://www.perniagaaninternet.com/
Kalau ada masa terluang and boleh singgah ke blog ammarzahar

P/S Anda kena cepat saya takut kalau saudara AmmarZahar ini dah kembali "kewarasannya"
hehe buat Ammar zahar jangan marah ok nanti cepat tua =)

Friday, July 4, 2008

motivasi berblog

Dah lama tak update blog ini
hehe betul lah kata orang bila buat sesuatu tu senang jer...
cuma nak fokus tue yang biasa jadi masalah sikit

Apapun yang penting ialah kita tidak putus asa yer tak kawan-kawan
blog ini saje saya buat tempat untuk belajar ber"bloging" ...wakakaka
betul ke tidak istilah yang saya gunakan tue.

Dalam ber"blog" ni sebenarnya senang jer tak susah mana pun
yang penting kita rajin belajar. Opps... ini bukan belajar macam kat sekolah tu
belajar berbloging kita kena berani cuba "try and error" dan rajin

Kenapa saya kata senang? hehe.. anda nak tau...
sebenarnya saya teringat buku motivasi yang saya baca.....
kalau tak silap buku Dr Tuah
kita kena fikir sesuatu itu mudah =)

Cuba bayangkan kalau kita asik fikirkan yang susah-susah sahaja
apa akan jadi? aduiii...rosak la dunia kalau asik fikir negatif ...yer tak?

sebenarnya....sebenarnya....sebenarnya....banyaknya sebenarnya kahkahkah...

kalau kita fikir susah dalam masa yang sama kita telah bina satu halangan dalam minda kita

Bila halangan dalam minda sudah wujud .....apa akan jadi?
Apabila kita berdepan dengan situasi yang sama
kita akan wujudkan balik imbasan halangan-halangan yang tidak pernah wujud tadi
seterusnya kita akan mudah menyerah kalah dengan mudah


Tuesday, June 10, 2008

Niche Market & Keywords

Do you got blog but no visitor.....
This is the first problem to newbie face when create a blog
Even you got a beautiful and the sexiest blog in the world
If you don't have a knowledge about niche market and keyword
your blog will die..... (no visitor)

The Question now ......
How to master this niche market and keyword?
Back to basic WH Questions.....

What is niche market and keyword?

From Wikipedia, the free encyclopedia

A niche market is a focused targetable portion (subset) of a market.

By definition, then, a business that focuses on a niche market is addressing a need for a product or service that is not being addressed by mainstream providers. A niche market may be thought of as a narrowly defined group of potential customers.

A distinct niche market usually evolves when a potential demand for a product or service is not met by any supply, or when a new demand arises due to changes in society, technology, or the general environment.

Niche market ventures may become profitable even though they are by nature small in comparison to the mainstream marketplace, due to the benefits of specialization and focus on small identifiable market segments; even without the benefit of economy of scale. Niche markets may be ignored or discounted by large businesses due to what they consider to be small potential; this in turn is part of the process that makes the niche market available to smaller businesses. The key to capitalizing on a niche market is to find or develop a market niche that has customers who are accessible, that is growing fast enough, and that is not owned by one established vendor already.

to be countinue

Friday, June 6, 2008

Got Blog?

Got blog?

A blog (an abridgment of the term web log) is a website, usually maintained by an individual, with regular entries of commentary, descriptions of events, or other material such as graphics or video. Entries are commonly displayed in reverse chronological order. "Blog" can also be used as a verb, meaning to maintain or add content to a blog.

Many blogs provide commentary or news on a particular subject; others function as more personal online diaries. A typical blog combines text, images, and links to other blogs, web pages, and other media related to its topic. The ability for readers to leave comments in an interactive format is an important part of many blogs. Most blogs are primarily textual, although some focus on art (artlog), photographs (photoblog), sketchblog, videos (vlog), music (MP3 blog), audio (podcasting) are part of a wider network of social media. Micro-blogging is another type of blogging which consists of blogs with very short posts. As of December 2007, blog search engine Technorati was tracking more than 112 million blogs.[1] With the advent of video blogging, the word blog has taken on an even looser meaning of any bit of media wherein the subject expresses his opinion or simply talks about something.

Blogger: How to start a blog

Start your own blog with simple and easy step.
Enjoy the video