Tuesday, November 25, 2008

TV Korea dedah penipuan 'bomoh' dalam YouTube

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tahukah anda telur yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan tradisional di negara ini sebenarnya sudah menjalani beberapa kaedah saintifik yang mengubah isi kandungannya.

Ia didedahkan oleh sebuah rancangan televisyen di Korea yang mendakwa kaedah perubatan yang digunakan pengamal perubatan tradisional itu hanyalah permainan sains dan ia boleh dijawab menerusi eksperimen yang membuktikan penipuan itu.

Sebuah rancangan daripada Korean TV Channel yang dipaparkan dalam laman YouTube menunjukkan beberapa eksperimen sains dapat mendedahkan taktik penipuan pengamal perubatan tradisional terbabit.

Pengamal perubatan yang berstatus 'ustaz' itu menggunakan telur sebagai kaedah perubatannya.

Telur itu dilurut pada badan pesakit atau mana-mana bahagian yang dikatakan sakit dan didakwa boleh menyerap 'racun.'

Pengamal perubatan terbabit kemudiannya membaca 'mantera' dan selepas itu memecahkan telur tersebut.

Kemudiannya mimik muka pengamal perubatan itu terus berubah selepas memecahkan telur itu apabila mendapati warna telur itu berubah seolah-olah terdapat darah di dalamnya.

Dengan nada selamba dan penuh keyakinan, pengamal perubatan tersebut kemudiannya mendakwa pesakit berkenaan telah diubati dan 'racun' yang tersimpan dalam badan 'mangsa' telah 'dikeluarkan' menerusi telur itu.

Bagaimanapun berdasarkan rancangan dalam 'Korean TV Channel' itu membuktikan telur itu sebenarnya sudah melalui beberapa proses sains yang menyebabkan terdapat cecair merah di dalamnya.

Kelihatan agak pelik tetapi tiada apa yang mustahil dalam sains, dengan kaedah tertentu kandungan telur itu boleh ditukar warnanya.

Beberapa lagi 'penipuan' yang dikesan dan didedahkan menerusi rancangan dari Korea itu ialah pengamal perubatan tersebut menyalakan lampu kalimantang dan alat penguji arus elektrik (test pen) menyala apabila diletakkan pada tangan atau dahinya.

Rancangan itu membuktikan penipuan pengamal perubatan terbabit apabila salah seorang krew penerbitan meminta pengamal perubatan itu membuka kasut dan memberi lampu lain untuk dinyalakan, beliau gagal melakukannya.

Selain itu, telur yang didakwa boleh menyerap racun tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila dipecahkan setelah ditukarkan dengan telur lain.

Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm


Bagus satu pendedahan yang amat baik dan terpuji. Semoga kita tidak mudah tertipu lagi dengan orang-orang yang menggunakan gelaran "ustaz"

Satu lagi kalau tidak salah Hari ini dalam rancangan 360 akan ada satu interview mazidul dan pengasas Cakra Alam Ustaz Arieff sama-sama kita nantikan Hari ini pukul 9.00 malam . Nantikan edisi terjah cakra alam oleh mazidul 360


No comments: