Thursday, April 30, 2009

[Langkah 1] Bagaimana cara nak load fund dalam akaun Entropay

[Langkah 1] Bagaimana cara nak load fund dalam akaun Entropay
Langkah pertama sebelum create VCC adalah memastikan bahawa ada "fund"/modal di dalam akaun virtual entropay anda. "Fund"/modal tersebut akan di load/diambil dari Funding Source anda (Funding source merujuk kepada debit card fizikal anda atau credit card fizikal anda). Saya sarankan anda menggunakan debit card visa Al-Rajhi ataupun debit card visa Public Bank. Kenapa debit card bukan credit card? Ini kerana memudahkan anda merancang perbelanjaan anda dengan baik. Dari fund itulah kita boleh create VCC.

Di bawah adalah langkah-langkah cara untuk load fund dari "funding source" anda.


Langkah 1.
  • Click pada tab "Funding Source".
  • Kemudian click pada "Load Card".


Langkah 2.



  • Anda akan diredirectkan ke page untuk memilih ke mana anda ingin fund tersebut dimasukkan. Pilih salah satu virtual entropay card/create virtual entropay card.
  • Masukkan nilai berapa yang anda ingin load. Minima load adalah $20.00 usd pada setiap masa dan maksimum load adalah $2000 usd.
  • Masukkan no security "Funding Source Card" (debit card fizikal/credit fizikal anda).
  • Kemudian click pada Next.

Langkah 3.



  • Pada page ini, anda akan diberitahu berapa fee yang dikenakan untuk proses "load fund" ini. Pada kebiasaannya, untuk nilai $20.00 usd, sebanyak $0.99 usd fee dikenakan.
  • Kemudian click pada Next.

Langkah 4.



  • Pada stage ini, basically anda telah berjaya load fund yang anda mahukan ke dalam virtual entropay card.
  • Sila semak baki sebenar virtual entrypay anda.
  • Click pada Account Home.

Semakan Nilai.




  • Click pada "Home".
  • Lihat pada virtual entropay anda (di mana card yang anda load fund tersebut).
  • Click pada "view" untuk melihat nilai semasa anda.
  • Kemudian ia akan menunjukkan nilai semasa $ yang ada di dalam virtual entropay anda.

Senang bukan? Langkah seterusnya pula, saya akan terangkan bagaimana cara untuk create Virtual Credit Card (VCC) anda sendiri!
__________________

No comments: