Tuesday, July 15, 2008

Sikap Optimis

Setiap hari banyak peristiwa berlaku ke atas diri kita. Apabila hal itu terjadi, kita akan menerangkan punca-punca mengapa hal itu terjadi. Sebagai contoh, kita gagal dalam ujian maka kita akan menyediakan alasan untuk menyedapkan diri kita tanpa mencari punca untuk berubah

Apabila kita menerangkan punca-punca sesuatu kejadian,peristiwa ataupun tingkah laku, kita melakukan apa yang diistilahkan atribusi atau pertanggungjawaban. Maksud pertanggungjawaban ialah sesiapa yang kita anggap bertanggungjawab menjadi punca kepada apa yang berlaku. Sebagai contoh, adakah kita anggap diri kita sendiri yang menjadi puncanya ataupon faktor-faktor lain? Adakah kita menuduh orang-orang lain, kejadian-kejadian lain, benda-benda lain ataupun nasib, sebagai punca yang menyebabkan peristiwa itu menimpa diri kita?

Katakanlah kita gagal di dalam temuduga jawatan yang kita pohon, siapakah agaknya yang akan kita katakan bertanggungjawab menyebabkan kita gagal. Kita ada beberapa pilihan. Pertama kita boleh mengatakan kita memang tidak layak dengan jawatan tersebut. kedua kita boleh mengatakan orang-orang yang menemuduga kita silap dalam membuat pilihan, iaitu mereka tidak kenal bahawa kita adalah calon yang paling layak. ketiga kita boleh mengatakan soalan-soalan yang ditanyakan didalam temuduga itu tidak betul, terlalu susah dan tidak adil pada kita.keempat, kita boleh mengatakan memang nasib kita baik, iaitu belum ada rezeki kita lagi.

menurut kajian pakar-pakar psikologi, cara kita melakukan atribusi adalah stabil.Maksudnya cara kita menerangkan siapa yang bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada diri kita adalah serupa sahaja. contoh jika kita beli buah kemudian didapati buah itu busuk dan berulat didalamnya kita katakan ini nasib sahaja kemudiaan perkara yang sama berlaku lagi kita masih katakan cuma nasib sahaja yang kurang baik begitu seterusnya.

Sengaja saya taipkan balik (versi saya) antara isi buku motivasi yang pernah saya baca
Supaya dapat mengingatkan kita semua disamping merenung kehidupan seharian kita
sampai disini dulu nanti saya akan bawakan yang lebih menarik ... :)

No comments: